Menerjah ke dalam sesuatu bidang yang belum pernah dijangkakan memang memerlukan pengorbanan kerana kita memerlu kemahiran yang baru untuk menyempurnakan tugas.
Mahu tidak mahu, itulah yang perlu dihadapi dengan harapan dengan pengalaman yang bakal diperolehi menjadikan kita lebih berdaya kemahiran dan menguasai kepakaran dalam bidang yang dirasakan asing sebelum ini.
Bersambung.....
Jumaat, 9 Julai 2010
Rabu, 7 Julai 2010
Jam 4.32 petang, Rabu 7 Jun, ditengah kesibukan penulis uploading foto ke pejabat di Kuala Terengganu terdengar suara orang memberi salam di muka pintu pagar menaiki basikal beserta dua biji bakul berisi kuih.
Remaja yang dalam lingkungan 17, 16 tahun mempelawa penulis membeli kuih, penulis spontan mengatakan tidak mahu.
Semenjak menyewa rumah di perumahan ini semenjak 2 bulan lalu inilah kali pertama penulis dikunjungi penjual kueh.
Melihat diri penjual kueh itu, fikiran mula penulis menerawang tentang erti kehidupan, peralihan masa yang memberi kesan kepada perubahan corak dan nasib seseorang, erti sebuah kecekalan, kemanisan mengecapi makna kehidupan dalam perspektif yang berbeza antara satu sama lain, kemurnian hati dalam mencari rezeki halal yang jarang dimiliki manusia di zaman ini, dan berbagai perkara muncul satu persatu dan melingkar dalam pemikiran...
Turut mengisi benak fikiran diri penulis lima belas tahun dahulu semasa meniti usia seusia remaja yang berlalu sebentar tadi bersama sebuah basikal dan dua bakul kueh....
Sejenak terlintas kecekalan yang dimiliki Nabi Muhamad s.a.w seorang yatim piatu, seorang pengembala kambing, yang wajar dicontohi kita sebagai umatnya.
Menyedari kecekalan rasul diri terasa segar kembali apabila, motivasi diri pulih kembali.....

Selasa, 6 Julai 2010
Riuh satu negara dakwa FELDA bancrupt
Entahlah.....apabila terbaca dan terdengar hebahan orang ramai tentang "kebankrapan" FELDA, kita teringat tentang satu dua kes yang pernah kita buat liputan sepanjang ditugaskan di daerah Dungun.
Kita pernah membuat liputan kes peneroka di Felda Ketengah Jaya tidak puas hati terhdap kerja-kerja penanaman sawit semula yang dikatakan dibuat tidak mengikut sebagaimana yang dijanjikan.
Berita tu pernah jadi frontpage Edisi Timur bharian dua bulan lepas.....selang dua tiga minggu ada pulak berlaku ketidakpuasan hati warga Felda terhadap kerja tanam semula sawit yang dikelolakan anak syarikat Felda iaitu Syarikat Teknoplant.....kita baca dan dengar adakah dakwaan sebuah akhbar itu betul-betul bertunjangkan fakta.....ramai yang menunggu klebih-lebih lagi warga Felda.........tunggu dan lihat lah ye...sambil sambil buat kerja masing-masing..he..he..

Rabu, 30 Jun 2010
Coretan penulis di minggupertama JUN 2010. (penulisan tanpa diedit tatabahasa, faham jelah) .........................................................................................................
penulis banyak menghabiskan mas di beberapa buah kampung yang sebelum ini belum pernah penulis menulis apa-apa berita berkenaan kampung-kampung itu. Permaslahan mereka mahupun berita gembira yang mahu di hebahkan oleh mereka kepada dunia luar.
Menghabiskan masa beberapa hari masuk kampung keluar kampung bersama orang kapung amat menggembirakan hati, pada mata penulis, mereka lebih berterus terang, keikhlasan terpancar pada mata tanpa melindungi hipokrit tidak sebagaimana orang-orang di bandar (ini adalah andaian kasar penulis semata-mata).

Jumaat, 25 Jun 2010
Rabu, 16 Jun 2010
Jam 5.30 petang hari Rabu, 16.6.2010
Setelah menumpukan kepada berita survey...penulis tertunggak beberapa berita kmuniti untuk dihantar ke pejabat. mengarang berita adalah perkara yang tidak sesenang membuat tinjauan, mengadap komputer dengan jari mengetuk keyboard, mata tertumpu pada screen dan otak berputar mencari rekod yang disimpan dalam kepala, mencerap idea yang kadang sukar muncul..walau apapun berita tertunggak penulis akan selesaikan setakat yang mampu hari ini juga...

Sabtu, 12 Jun 2010
Bulan ini nampak gayanya bulan ujian kepada penulis yang menyumbang berita untuk akhbar NSTP termasuklah Berita Harian.
Dua bulan lepas penulis menerima sekeping memo dari ibu pejabat di KL yang antaranya menyatakan pihak ibu pejabat akan melaksanakan sistem pembayaran baru bermula bulan Mei 2010. Bayaran akan dijelaskan selepas dua bulan berita disiarkan tidak sebagaimana sebleum ini yang dibayar sebulan selepas disiarkan.
Bermakna bulan ini tiada bayaran akan dimasukkan dalam akaun kerana bayaran untuk berita yang keluar dalam bulan April sudahpun dibayar pada bulan lepas. Bermakna untuk berita yang keluar bula lepas (mei) akan dibayar Julai nanti. Adusss.......
Parah betul betul parah.......

Gara-gara ghairah mencari berita "barang lama" penulis terkena
Ketika berbual-bual kosong di sebuah warung di sebuah taman perumahan, seorang rakan memberi tahu penulis bahawa pak cik di sebelahnya
Ketika berbual-bual kosong di sebuah warung di sebuah taman perumahan, seorang rakan memberi tahu penulis bahawa pak cik di sebelahnya
Coretan Penulis 11 Jun 2010
11.Jun.2010
Hari ini Jumaat. 11 Jun 2010
Kehilangan sim card memang menyeksakan. Apa tidaknya, semua nombor dalam simpanan pasti akan hilang walaupun sim card baru menggantikan sim card lama dibuat di pusat servis perhidmatan.
Disebabkan kehilangan sim card jugalah penulis ketinggalan beberapa program untuk dimuatkan dalam akhbar minggu ini. Sesiapa yang menelefon mintak maaflah banyak-banyak. Tak dapat nak menjawab...
Tiada apa yang istimewa bagi penulis yang memulakan hari agak lewat pada hari cuti sebegini, mungkin disebabkan letih merakam gambar di Serdang untuk story penduduk di sana, penulis menyambung tidur semula di pagi hari.
Selepas solat, menyendiri di pejabat mengadap komputer tapi tiada stupun story dapat disiapkan. Pukul 5, bergegas mengerjakan solat asar setelah dijemput jiran tengok bola di Seberang Pintasan. Balik-balik pukul dah hampir maghrib, tapi sempat juga dalam perjalanan pulang singgah sebentar di padang Merdeka tengok-tengok gerai Pekan Budaya yang akan dirasmikan 11 jun ini.
Tak rugi jugalah buat tebal muka tanyakan penjual dekat situ karnival tu dah dirasmi atau belum...............malam mengadap komputer lagi.....niat nak siapkan story....pukul 11.58 mata dah mengantuk...
-----------------------------------------------------------------------------------
(entah kenapa, mungkin disebabkan aku mula menjejaki rakan-rakan lama di alam persekolahan yang 15 tahun lebih terpisah di internet membuatkan penulis meronta-ronta ingin menulis pengalaman lalu di dalam blog ini)
Kisah persahabatan, pengalaman anak desa keluar dari kepompong kampung mengenali dunia luar yang dirasakan pada ketika itu adalah dunia baru kepada nya yang selama ini hanya melalui hidup di kampung.
Ya, lima belas tahun dulu, satu tempoh yang agak lama namun dirasakan sekejap sahaja.
Semalam entah bagaimana penulis tergerak hati mengekori satu url di internet yang akhirnya membuatkan penulis terus menyelusuri ruang demi ruang yang mempertemukan penulis dengan teman-teman lama lima belas tahun dahulu. Ada diantara nama yang ditemui sudah lama tiada di kotak ingatan dan fikir namun akhirnya muncul jua setelah beberapa waktu nama-nama itu berlegar-legar dalam kotak ingatan.
Kerja-kera yang sepatutnya disiapkan malam semalam dibiarkan begitu sahaja oleh kerana terlalu dirasuk menyelusuri dan menjejak nama-nama yang suatu ketika dahulu teramat biasa dan mulai dilupakan dari hari ke hari kerana perbezaan waktu dan suasana.
Penulis masih mengingati malah masih subur dalam diri nama-nama itu. kita membawa arah yang berbeza hala tujunya, berbeza bidang tidak sebagaimana di zaman 15 tahun dahulu, kita di dalam arah yang sama kerana pada masa itu kita belum tahu kemana arah tuju yang akan kita lalui namun bayangannya sudah terbayang di kaca mata kita cuma diantara pasti dan tidak pasti sahaja......
SENARAI EXCO TERENGGANU
Ketua Kerajaan Negeri
Menteri Besar - Dato' Ahmad Said
[sunting] Barisan Exco
* Dato' Ahmad Said (Kijal) - Exco Perancang, Kewangan, Pelaburan, Tanah, Petroleum, Hasil Bumi, Kerajaan Tempatan & Perumahan.
* Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir) - Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia.
* Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) - Exco Pembangunan Infrastruktur & Kemudahan Awam.
* Dato' Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) - Exco Belia & Sukan.
* Dato' Mohamed Awang Tera (Chukai) - Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan & Koperasi.
* Asha’ari Idris (Langkap) - Exco Kebajikan, Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Wanita.
* Toh Chin Yaw (Bandar) - Exco Perindustrian, Perdagangan & Alam Sekitar.
* Dato' Za’abar Mohd Adib (Rantau Abang) - Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan.
* Khazan Che Mat (Batu Rakit) - Exco Agama & Penerangan.
* Rozi Mamat (Telemong) - Exco Pertanian & Industri Asas Tani.
* Dr. A. Rahman Mokhtar (Kuala Besut) - Exco Kesihatan, Perpaduan & Hal Ehwal Pengguna Negeri.
Serbuan merah Tenggol
2010/03/27
DUNGUN: Kata orang kata, apa juga hidangan yang disajikan di atas semua enak belaka. Mungkin lauk pauk yang dimasak hanya ala kadar tetapi ia dinikmati dengan penuh selera. Itu kenangan Team Veteran dari Kota Damansara ketika mengunjungi perairan dekat Pulau Tenggol di sini, baru-baru ini. Team Veteran dianggotai Abang Ali, Kossem, Abdul Razak, Arman JPS, Haji Din, Che Din, Ahad dan Mohd Zaily Ros (Bob), mendakwa keropok lekor ibu kerisi buatan sendiri serta cekodok ikan merah, antara paling laris di atas bot.
“Sebenarnya, pemancing memang selera makan apabila di atas bot,” katanya.
Beliau berkata, kunjungan Team Veteran ke lokasi tetap GP Joran hingga ke pelantar minyak Terengganu baru-baru ini adalah susulan kejayaan trip tahun lalu. Kali ini, mereka menaikkan pelbagai spesies ikan dan itu adalah ekspedisi pertama ke laut dalam selepas berehat panjang akibat musim tengkujuh kali ini.
“Kami memilih air menyosong untuk turun menguji kepakaran serta peralatan baru. Ternyata kunjungan kami amat berbaloi apabila 21 bakul penuh dengan ikan merah, merah suman, kerapu, kerapu bara, kerisi bali, ibu kerisi, geropoh dan aruan tasik.
“Malah, kami berpesta sepanjang empat hari tiga malam memancing di situ. Masing-masing tidak menang tangan dengan pelbagai kaedah memancing dasar, apungan, jigging, casting dan popping. Tangkapan terbesar seekor aruan tasik seberat 30 kilogram (kg) yang ditewaskan Abang Ali,” katanya.
Beliau yang baru dua kali menyertai Team Veteran menduga laut dalam kelihatan letih dan tertidur selepas ikan berkenaan didaratkan. Malah untuk melepaskan mata kail yang tersangkut di mulut ikan terpaksa dibantu rakan memandangkan beliau hampir tidak bermaya sama sekali akibat pertarungan panjang dengan mangsa.
Mohd Zaily berkata, pada trip itu juga kebanyakan pemancing mengamalkan ‘konsep tangkap dan lepas’ bagi ikan bersaiz kecil iaitu kurang 2 kg bagi mengekalkan populasi.
“Ketika jigging, banyak gerepoh bersaiz 1.5 hingga 2 kg yang mengena mata jig. Bagaimanapun, kami melepaskannya semula ke laut memandangkan sasaran kali ini hanya ikan seberat 3 kg ke atas. Pada hari kedua saja, kami sudah memenuhkan 15 bakul pelbagai spesies ikan, malah ada antara pemancing mengambil keputusan hendak pulang akibat keletihan bertarung.
“Bagaimanapun, kami dinasihatkan tekong Adlan bahawa beliau akan membawa ke lubuk ikan bersaiz mega yang memberi kepuasan maksimum kepada memancing melayannya. Mendengar kata-kata ini, hasrat itu mahu balik awal, kami batalkan,” katanya.
Seperti dijangkakan, pada hari ketiga Team Veteran diasak segala penjuru bot dengan aksi ikan bersaiz besar dan rata-rata mereka menaikkan seekor ikan merah seberat 5 kg ke atas.
“Ketika itulah, Abang Ali menunjukkan kepakaran sebagai pemancing lama dengan menewaskan aruan tasik gergasi itu. Saya lihat beliau hampir separuh nyawa dan minta air apabila diajak bertarung hampir setengah jam,” katanya.
Tepat jam 10 pagi, tekong Adlan mengarah pemancing menggulung tali dan beliau mengemudikan bot balik ke jeti Kuala Dungun. Dalam perjalanan, mereka singgah di beberapa unjam untuk memberi peluang kepada Team Veteran mencari ikan selar kuning, cencaru, kembung dan selayang.
Oleh Osman Lisut
manjoran@yahoo.com
Langgan:
Catatan (Atom)