Rabu, 30 Jun 2010

Coretan penulis di minggupertama JUN 2010. (penulisan tanpa diedit tatabahasa, faham jelah) .........................................................................................................

penulis banyak menghabiskan mas di beberapa buah kampung yang sebelum ini belum pernah penulis menulis apa-apa berita berkenaan kampung-kampung itu. Permaslahan mereka mahupun berita gembira yang mahu di hebahkan oleh mereka kepada dunia luar.
Menghabiskan masa beberapa hari masuk kampung keluar kampung bersama orang kapung amat menggembirakan hati, pada mata penulis, mereka lebih berterus terang, keikhlasan terpancar pada mata tanpa melindungi hipokrit tidak sebagaimana orang-orang di bandar (ini adalah andaian kasar penulis semata-mata).
     

Pertemuan tidak dirancang penulis dengan sorang penduduk yang nun jauh menetap di sebuah kampung di Mukim Kumpal di sebuah pejabat kerajaan dua minggu lalu mengheret penulis memanjang langkah ke kampung itu selama beberapa hari.
      Agak menghairankan, rasanya amat janggal untuk penulis berulang beberapa hari ke sebuah kampung yang agak jauh selama beberapa hari menyiapkan berita.
     Entah kenapa, penulis berasakan agak terlalu berat menyiapkan berita-berita yang meyelubung penduduk di kampung itu, mungkin kerana penulis belum pernah menulis apa-apa berita melibatkan kampung di mukim itu atau berita yang sedang disiapkan kurang diambil peduli oleh sesiapa ataupun berita yang sedang ditulis akan menyebabkan beberapa pihak tidak senang duduk..
     Walau apapun yang diandaikan, sedaya upaya yang termampu berita akan disiapkan dan insyaallah akan menemui pembaca dalam minggu hadapan juga.

.....................................
Minggu ke empai Mei 2010.....................................................................................

Agaknya ada individu yang akan jawab,  "Saman lah, nok saman gak...."

      1.6 juta tu h...hampir menyamai peruntuka kerajaan negeri untuk kerja pembinaan saliran Kampung Kolam di Paka tu...oooppsss...



PPRT dan mangsa kebakaran



Penulis sedang menyiapkan sebuah berita berkaitan penermaan rumah PPRT oleh golongan kurang mampu khusunya di kawasan Dungun.
Semenjak ditugaskan buat liputan hal ehwal semasa di daerah Dungun yang mempunyai 4 Dun iaitu Paka, Bukit Besi, Sura dan Rantau Abang penulis beberapa kali ditugaskan membuat liputan nasib mangsa kebakaran yang hanya tinggal sehelai sepinggan.
2 kes yang amat menyayat hati berlaku di di Paka dan di Dun Rantau Abang melibatkan 2 buah keluarga yang kehilangan rumah pusaka.
Ke dua-dua rumah yang hangus dijilat api tidak dapat diselamatkan, kalau tak silap yang sebuah keluarga tu kerugian RM 150, 000 dan sebuah keluarga lagi dalam daerah tu juga.
Ujian tuhan, cuba dibayangkan anda kehilangan rumah yang boleh kita ibaratkan musah dalam sekelip mata. yang tinggal hanyalah pakaaian yang anda pakai pada ketika ini....maha hebat ujian tuhan..
Sebuah keluarga dah dapat bantuan rumah PPRT yang sebuah lagi keluarga masih dalam proses dan dengar khabar juga akan mendapat rumah PPRT yang bernilai RM 33, 000 macam tu....
Alhamdulillah...jika nak dibandingkan kerugian yang dialami memang teramat jauh...namun sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka......
Untuk dapatkan rumah PPRT pemohon (mangsa kebakaran) perlu mempunyai tanah yang bergeran. Kalau tak ada, mangsa diberi kutamaan memiliki rumah mesra rakyat. PPRT tak perlu dibayar balik, mesra Rakyat perku dibayar dalam anggran RM 100 lebih macam tu....tak tahulah sekarang..itu berdasarkan kadar bayaran sebelum ini.
Dicatat oleh mohd di 04:32 0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan