Jumaat, 9 Julai 2010

Sabtu..10.7.2010

Menerjah ke dalam sesuatu bidang yang belum pernah dijangkakan memang memerlukan pengorbanan kerana kita memerlu kemahiran yang baru untuk menyempurnakan tugas.
      Mahu tidak mahu, itulah yang perlu dihadapi dengan harapan dengan pengalaman yang bakal diperolehi menjadikan kita lebih berdaya kemahiran dan menguasai kepakaran dalam bidang yang dirasakan asing sebelum ini.
    Bersambung.....

Rabu, 7 Julai 2010

Jam 4.32 petang, Rabu 7 Jun, ditengah kesibukan penulis uploading foto ke pejabat di Kuala Terengganu terdengar suara orang memberi salam di muka pintu pagar menaiki basikal beserta dua biji bakul berisi kuih.
           Remaja yang dalam lingkungan 17, 16 tahun mempelawa penulis membeli kuih, penulis spontan mengatakan tidak mahu.
           Semenjak menyewa rumah di perumahan ini semenjak 2 bulan lalu inilah kali pertama penulis dikunjungi penjual kueh.
          Melihat diri penjual kueh itu, fikiran mula  penulis menerawang tentang erti kehidupan, peralihan masa yang memberi kesan kepada perubahan corak dan nasib seseorang, erti sebuah kecekalan, kemanisan mengecapi makna kehidupan dalam perspektif yang berbeza antara satu sama lain, kemurnian hati dalam mencari rezeki halal yang jarang dimiliki manusia di zaman ini, dan berbagai perkara muncul satu persatu dan melingkar dalam pemikiran...
        Turut mengisi benak fikiran diri penulis  lima belas tahun dahulu semasa meniti usia seusia remaja yang berlalu sebentar tadi bersama sebuah basikal dan dua bakul kueh....
        Sejenak terlintas kecekalan yang dimiliki Nabi Muhamad s.a.w seorang yatim piatu, seorang pengembala kambing, yang wajar dicontohi kita sebagai umatnya.
        Menyedari kecekalan rasul diri terasa segar kembali apabila, motivasi diri pulih kembali.....

Selasa, 6 Julai 2010

Riuh satu negara dakwa FELDA bancrupt

Entahlah.....apabila terbaca dan terdengar hebahan orang ramai tentang "kebankrapan" FELDA, kita teringat tentang satu dua kes yang pernah kita buat liputan sepanjang ditugaskan di daerah Dungun.
             Kita pernah membuat liputan kes peneroka di Felda Ketengah Jaya tidak puas hati terhdap kerja-kerja penanaman sawit semula yang dikatakan dibuat tidak mengikut sebagaimana yang dijanjikan.
             Berita tu pernah jadi frontpage Edisi Timur bharian dua bulan lepas.....selang dua tiga minggu ada pulak berlaku ketidakpuasan hati warga Felda terhadap kerja tanam semula sawit yang dikelolakan anak syarikat Felda iaitu Syarikat Teknoplant.....kita baca dan dengar adakah dakwaan sebuah akhbar itu betul-betul bertunjangkan fakta.....ramai yang menunggu klebih-lebih lagi warga Felda.........tunggu dan lihat lah ye...sambil sambil buat kerja masing-masing..he..he..

Rabu, 30 Jun 2010

Coretan penulis di minggupertama JUN 2010. (penulisan tanpa diedit tatabahasa, faham jelah) .........................................................................................................

penulis banyak menghabiskan mas di beberapa buah kampung yang sebelum ini belum pernah penulis menulis apa-apa berita berkenaan kampung-kampung itu. Permaslahan mereka mahupun berita gembira yang mahu di hebahkan oleh mereka kepada dunia luar.
Menghabiskan masa beberapa hari masuk kampung keluar kampung bersama orang kapung amat menggembirakan hati, pada mata penulis, mereka lebih berterus terang, keikhlasan terpancar pada mata tanpa melindungi hipokrit tidak sebagaimana orang-orang di bandar (ini adalah andaian kasar penulis semata-mata).
     

Rabu, 16 Jun 2010

Jam 5.30 petang hari Rabu, 16.6.2010
       Setelah menumpukan kepada berita survey...penulis tertunggak beberapa berita kmuniti untuk dihantar ke pejabat.  mengarang berita adalah perkara yang tidak sesenang membuat tinjauan, mengadap komputer dengan jari mengetuk keyboard, mata tertumpu pada screen dan otak berputar mencari rekod yang disimpan dalam kepala, mencerap idea yang kadang sukar muncul..walau apapun berita tertunggak penulis akan selesaikan setakat yang mampu hari ini juga...

Sabtu, 12 Jun 2010

Bulan ini nampak gayanya bulan ujian kepada penulis yang menyumbang berita untuk akhbar NSTP termasuklah Berita Harian.
      Dua bulan lepas penulis menerima sekeping memo dari ibu pejabat di KL yang antaranya menyatakan pihak ibu pejabat akan melaksanakan sistem pembayaran baru bermula bulan Mei 2010. Bayaran akan dijelaskan selepas dua bulan berita disiarkan tidak sebagaimana sebleum ini yang dibayar sebulan selepas disiarkan.
     Bermakna bulan ini tiada bayaran akan dimasukkan dalam akaun kerana bayaran untuk berita yang keluar dalam bulan April sudahpun dibayar pada bulan lepas. Bermakna untuk berita yang keluar bula lepas (mei) akan dibayar Julai nanti. Adusss.......

    Parah betul betul parah.......