Rabu, 7 Julai 2010

Jam 4.32 petang, Rabu 7 Jun, ditengah kesibukan penulis uploading foto ke pejabat di Kuala Terengganu terdengar suara orang memberi salam di muka pintu pagar menaiki basikal beserta dua biji bakul berisi kuih.
           Remaja yang dalam lingkungan 17, 16 tahun mempelawa penulis membeli kuih, penulis spontan mengatakan tidak mahu.
           Semenjak menyewa rumah di perumahan ini semenjak 2 bulan lalu inilah kali pertama penulis dikunjungi penjual kueh.
          Melihat diri penjual kueh itu, fikiran mula  penulis menerawang tentang erti kehidupan, peralihan masa yang memberi kesan kepada perubahan corak dan nasib seseorang, erti sebuah kecekalan, kemanisan mengecapi makna kehidupan dalam perspektif yang berbeza antara satu sama lain, kemurnian hati dalam mencari rezeki halal yang jarang dimiliki manusia di zaman ini, dan berbagai perkara muncul satu persatu dan melingkar dalam pemikiran...
        Turut mengisi benak fikiran diri penulis  lima belas tahun dahulu semasa meniti usia seusia remaja yang berlalu sebentar tadi bersama sebuah basikal dan dua bakul kueh....
        Sejenak terlintas kecekalan yang dimiliki Nabi Muhamad s.a.w seorang yatim piatu, seorang pengembala kambing, yang wajar dicontohi kita sebagai umatnya.
        Menyedari kecekalan rasul diri terasa segar kembali apabila, motivasi diri pulih kembali.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan