Coretan Penulis 11 Jun 2010
11.Jun.2010
Hari ini Jumaat. 11 Jun 2010
Kehilangan sim card memang menyeksakan. Apa tidaknya, semua nombor dalam simpanan pasti akan hilang walaupun sim card baru menggantikan sim card lama dibuat di pusat servis perhidmatan.
Disebabkan kehilangan sim card jugalah penulis ketinggalan beberapa program untuk dimuatkan dalam akhbar minggu ini. Sesiapa yang menelefon mintak maaflah banyak-banyak. Tak dapat nak menjawab...
Tiada apa yang istimewa bagi penulis yang memulakan hari agak lewat pada hari cuti sebegini, mungkin disebabkan letih merakam gambar di Serdang untuk story penduduk di sana, penulis menyambung tidur semula di pagi hari.
Selepas solat, menyendiri di pejabat mengadap komputer tapi tiada stupun story dapat disiapkan. Pukul 5, bergegas mengerjakan solat asar setelah dijemput jiran tengok bola di Seberang Pintasan. Balik-balik pukul dah hampir maghrib, tapi sempat juga dalam perjalanan pulang singgah sebentar di padang Merdeka tengok-tengok gerai Pekan Budaya yang akan dirasmikan 11 jun ini.
Tak rugi jugalah buat tebal muka tanyakan penjual dekat situ karnival tu dah dirasmi atau belum...............malam mengadap komputer lagi.....niat nak siapkan story....pukul 11.58 mata dah mengantuk...
-----------------------------------------------------------------------------------
(entah kenapa, mungkin disebabkan aku mula menjejaki rakan-rakan lama di alam persekolahan yang 15 tahun lebih terpisah di internet membuatkan penulis meronta-ronta ingin menulis pengalaman lalu di dalam blog ini)
Kisah persahabatan, pengalaman anak desa keluar dari kepompong kampung mengenali dunia luar yang dirasakan pada ketika itu adalah dunia baru kepada nya yang selama ini hanya melalui hidup di kampung.
Ya, lima belas tahun dulu, satu tempoh yang agak lama namun dirasakan sekejap sahaja.
Semalam entah bagaimana penulis tergerak hati mengekori satu url di internet yang akhirnya membuatkan penulis terus menyelusuri ruang demi ruang yang mempertemukan penulis dengan teman-teman lama lima belas tahun dahulu. Ada diantara nama yang ditemui sudah lama tiada di kotak ingatan dan fikir namun akhirnya muncul jua setelah beberapa waktu nama-nama itu berlegar-legar dalam kotak ingatan.
Kerja-kera yang sepatutnya disiapkan malam semalam dibiarkan begitu sahaja oleh kerana terlalu dirasuk menyelusuri dan menjejak nama-nama yang suatu ketika dahulu teramat biasa dan mulai dilupakan dari hari ke hari kerana perbezaan waktu dan suasana.
Penulis masih mengingati malah masih subur dalam diri nama-nama itu. kita membawa arah yang berbeza hala tujunya, berbeza bidang tidak sebagaimana di zaman 15 tahun dahulu, kita di dalam arah yang sama kerana pada masa itu kita belum tahu kemana arah tuju yang akan kita lalui namun bayangannya sudah terbayang di kaca mata kita cuma diantara pasti dan tidak pasti sahaja......
SENARAI EXCO TERENGGANU
Ketua Kerajaan Negeri
Menteri Besar - Dato' Ahmad Said
[sunting] Barisan Exco
* Dato' Ahmad Said (Kijal) - Exco Perancang, Kewangan, Pelaburan, Tanah, Petroleum, Hasil Bumi, Kerajaan Tempatan & Perumahan.
* Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir) - Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia.
* Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) - Exco Pembangunan Infrastruktur & Kemudahan Awam.
* Dato' Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) - Exco Belia & Sukan.
* Dato' Mohamed Awang Tera (Chukai) - Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan & Koperasi.
* Asha’ari Idris (Langkap) - Exco Kebajikan, Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Wanita.
* Toh Chin Yaw (Bandar) - Exco Perindustrian, Perdagangan & Alam Sekitar.
* Dato' Za’abar Mohd Adib (Rantau Abang) - Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan.
* Khazan Che Mat (Batu Rakit) - Exco Agama & Penerangan.
* Rozi Mamat (Telemong) - Exco Pertanian & Industri Asas Tani.
* Dr. A. Rahman Mokhtar (Kuala Besut) - Exco Kesihatan, Perpaduan & Hal Ehwal Pengguna Negeri.
Serbuan merah Tenggol
2010/03/27
DUNGUN: Kata orang kata, apa juga hidangan yang disajikan di atas semua enak belaka. Mungkin lauk pauk yang dimasak hanya ala kadar tetapi ia dinikmati dengan penuh selera. Itu kenangan Team Veteran dari Kota Damansara ketika mengunjungi perairan dekat Pulau Tenggol di sini, baru-baru ini. Team Veteran dianggotai Abang Ali, Kossem, Abdul Razak, Arman JPS, Haji Din, Che Din, Ahad dan Mohd Zaily Ros (Bob), mendakwa keropok lekor ibu kerisi buatan sendiri serta cekodok ikan merah, antara paling laris di atas bot.
“Sebenarnya, pemancing memang selera makan apabila di atas bot,” katanya.
Beliau berkata, kunjungan Team Veteran ke lokasi tetap GP Joran hingga ke pelantar minyak Terengganu baru-baru ini adalah susulan kejayaan trip tahun lalu. Kali ini, mereka menaikkan pelbagai spesies ikan dan itu adalah ekspedisi pertama ke laut dalam selepas berehat panjang akibat musim tengkujuh kali ini.
“Kami memilih air menyosong untuk turun menguji kepakaran serta peralatan baru. Ternyata kunjungan kami amat berbaloi apabila 21 bakul penuh dengan ikan merah, merah suman, kerapu, kerapu bara, kerisi bali, ibu kerisi, geropoh dan aruan tasik.
“Malah, kami berpesta sepanjang empat hari tiga malam memancing di situ. Masing-masing tidak menang tangan dengan pelbagai kaedah memancing dasar, apungan, jigging, casting dan popping. Tangkapan terbesar seekor aruan tasik seberat 30 kilogram (kg) yang ditewaskan Abang Ali,” katanya.
Beliau yang baru dua kali menyertai Team Veteran menduga laut dalam kelihatan letih dan tertidur selepas ikan berkenaan didaratkan. Malah untuk melepaskan mata kail yang tersangkut di mulut ikan terpaksa dibantu rakan memandangkan beliau hampir tidak bermaya sama sekali akibat pertarungan panjang dengan mangsa.
Mohd Zaily berkata, pada trip itu juga kebanyakan pemancing mengamalkan ‘konsep tangkap dan lepas’ bagi ikan bersaiz kecil iaitu kurang 2 kg bagi mengekalkan populasi.
“Ketika jigging, banyak gerepoh bersaiz 1.5 hingga 2 kg yang mengena mata jig. Bagaimanapun, kami melepaskannya semula ke laut memandangkan sasaran kali ini hanya ikan seberat 3 kg ke atas. Pada hari kedua saja, kami sudah memenuhkan 15 bakul pelbagai spesies ikan, malah ada antara pemancing mengambil keputusan hendak pulang akibat keletihan bertarung.
“Bagaimanapun, kami dinasihatkan tekong Adlan bahawa beliau akan membawa ke lubuk ikan bersaiz mega yang memberi kepuasan maksimum kepada memancing melayannya. Mendengar kata-kata ini, hasrat itu mahu balik awal, kami batalkan,” katanya.
Seperti dijangkakan, pada hari ketiga Team Veteran diasak segala penjuru bot dengan aksi ikan bersaiz besar dan rata-rata mereka menaikkan seekor ikan merah seberat 5 kg ke atas.
“Ketika itulah, Abang Ali menunjukkan kepakaran sebagai pemancing lama dengan menewaskan aruan tasik gergasi itu. Saya lihat beliau hampir separuh nyawa dan minta air apabila diajak bertarung hampir setengah jam,” katanya.
Tepat jam 10 pagi, tekong Adlan mengarah pemancing menggulung tali dan beliau mengemudikan bot balik ke jeti Kuala Dungun. Dalam perjalanan, mereka singgah di beberapa unjam untuk memberi peluang kepada Team Veteran mencari ikan selar kuning, cencaru, kembung dan selayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan